Sunday, 3 April 2016

Pizza best

Assalamualaikum, pagi ni saya nk share pulak cara buat doh pizza dan cara melapis pizza dengan topping. Yelah, last sya share hri jumaat haritu. Disebbkn sya sibuk sangat, hrini barulah sya sempat nk share resepi doh pizza dan cara melapis pizza dengan topping. Sya x nak ckp bnyk..meh tengok resepi sya kat bwah ni

Doh Pizza

400 gram tepung berprotein tinggi
1 biji telur gred c
160 ml air suam
10 gram campuran lelemak (guna mentega pun boleh)
1 paket yis kering
Secubit garam dan gula

Cara-cara (bancuhan tangan)

1. Campurkan air suam, yis, telur dan kacau sehingga sebati
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh yang kasar
3. Masukkan lelemak dn uli sehingga doh tidak melekat
4. Bulatkan doh dan sapukan minyak masak diatasnya. Tutupkan doh tersebut dan rehat kan selama 10 minit
5. Potong doh mengikut timbangan yg diperlukan dan rehatkan untuk 10 min lagi
6. Bentukkan pizza di atas pan dan letakkan inti. Kemudian, perapkan pizza dalam oven (yg belum dibuka) sehingga doh mengembang 3 kali ganda dari saiz asal.
7. Setelah kembang, keluarkan pan dari oven dn panaskan oven, serta bakar selama 10-15 min pada suhu 180c.( suhu pembakaran bergantung kepada saiz,bentuk dan jenis oven)


Haa.. Nii pizza yang sudah siap di masak

Cara-cara melapis topping pizza

 Letakkan sos pizza.. Sos pizza boleh rujuk post sebelum ni

 Kemudian letakkan chesse yang diparut

Pastu letakkan lada benggala, ayam, sosej, nenas dan akhir skali letak lagi sekali cheese parut


No comments:

Post a Comment