Saturday, 23 April 2016

Kek Batik Mudah Tanpa Telur

Assalamualakum semua... Hari ni sya terasa nk makan kek batik. Fisrt time saya rasa kek batik adalah masa darjah lima. Mase tu ada jamuan kelas akhir tahun... Then sejak daripada itu, sya pun cubalah cari resepi kek batik ni... Rupa rupanya, kawan saya sendiri yg buat kek batik tuuu... Pada masa tuu saya amat kagumlah dgn kawan saya tu. Lpstu.. Barulah terdetik dkt hati ni.. Nk cuba masak kononnya..hahahha.. Balik je sekolah, hujung minggu tuu.. Sya ajak mak pergi cari bahan buat kek batik. Kek batik ni simple jee.. X perlu guna telur dn masak atas api bagai...

Kek Batik

Bahan-bahan

500gm biskut marie- patah 3/4
1/2 tin susu pekat
1 cawan serbuk milo
1 cawan kacang tanah yg dibakar tanpa minyak dan ditumbuk

Cara-cara

Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
Masukkan kedalam loyang yg telah dilapis dengan plastik ataupun aluminium foil
Mampatkan bahan2 tersebut
Letakkan dlam peti sejuk biarkan selama 2 jm
Bila nk makan, keluarkan 1/2 jam sebelum dipotong

Tadaaaa.. Dah siap.. Senang kann.. Nnti boleh lah cuba kat rumah nnti...

Sunday, 3 April 2016

Pizza best

Assalamualaikum, pagi ni saya nk share pulak cara buat doh pizza dan cara melapis pizza dengan topping. Yelah, last sya share hri jumaat haritu. Disebbkn sya sibuk sangat, hrini barulah sya sempat nk share resepi doh pizza dan cara melapis pizza dengan topping. Sya x nak ckp bnyk..meh tengok resepi sya kat bwah ni

Doh Pizza

400 gram tepung berprotein tinggi
1 biji telur gred c
160 ml air suam
10 gram campuran lelemak (guna mentega pun boleh)
1 paket yis kering
Secubit garam dan gula

Cara-cara (bancuhan tangan)

1. Campurkan air suam, yis, telur dan kacau sehingga sebati
2. Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh yang kasar
3. Masukkan lelemak dn uli sehingga doh tidak melekat
4. Bulatkan doh dan sapukan minyak masak diatasnya. Tutupkan doh tersebut dan rehat kan selama 10 minit
5. Potong doh mengikut timbangan yg diperlukan dan rehatkan untuk 10 min lagi
6. Bentukkan pizza di atas pan dan letakkan inti. Kemudian, perapkan pizza dalam oven (yg belum dibuka) sehingga doh mengembang 3 kali ganda dari saiz asal.
7. Setelah kembang, keluarkan pan dari oven dn panaskan oven, serta bakar selama 10-15 min pada suhu 180c.( suhu pembakaran bergantung kepada saiz,bentuk dan jenis oven)


Haa.. Nii pizza yang sudah siap di masak

Cara-cara melapis topping pizza

 Letakkan sos pizza.. Sos pizza boleh rujuk post sebelum ni

 Kemudian letakkan chesse yang diparut

Pastu letakkan lada benggala, ayam, sosej, nenas dan akhir skali letak lagi sekali cheese parut


Friday, 1 April 2016

Sos Pizza Istimewa

Assalamualaikum semua, malam ni saya bosan. Jadi saya pun decide nk buat blog baru. Untuk post yang pertama ni sya nk share pasal resepi sos pizza handmade. Kalau fikirkan balik, rasa tak berbaloi kalau beli pizza mahal2 lps tu makan x puas kan. Jadi saya jenguk2 blog2 lain dn cuba resepi sos pizza handmade saya sendiri

Sos Pizza Istimewa

Bahan bahan
1  biji     bawang besar holland  (dicincang.                  halus)       
5  biji     tomato cameron highland (dikisar.                   dengan sedikit air )
2  kpg   daun bay (untuk memberikan bau.                   wangi)
3 sdu    sos tomato (untuk memberikan.                         warna kepada sos tu nanti)
Sedikit garam dan gula

Cara cara
1   Panaskan kuali dan minyak zaitun
2.  Masukkan bawang besar dan masak sehingga kekuningan
3.  Masukkan tomato yg tlh dikisar dan sos tomato serta daun bay
4. Masak sehingga air kering dan pekat. Sejukkan dan boleh disapu diatas doh pizza sebelum dihias dengan topping